Pernah Merasa Menanti

 

“Period dah habis?…” – Suami Tanya

Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata,

“Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak”
Aku terdiam. “Hari ini dah hari keenam,” kata aku dalam hati.

“Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak,”

“Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?”

Aku diam lagi.

“Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,”

“Sejuklah awak,” jawab aku.

“Okay kejap”

Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter.

“Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali,” katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.

“Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata.

“Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak”

“Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak,”

“Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran. Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah dajjal,”

Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan?

Dia datang dan belai lembut rambut aku.

“Awak selalu kata ‘kenapa kita tak dapat anak lagi’. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia.

Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?”

Aku mula bertanya.

“Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?”

“Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama.

“Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah.

“Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia?” katanya

Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa ‘Ini semua ujian dari Allah,”.

“Dah, bangun. Pergi mandi wajib sekarang”.

 

Advertisements

IDEA DOORGIFT KAHWIN – IKEA

Assalamualaikum

Disebabkan aku dah janji dengan korang semua nak bagi suntikan idea baru berkaitan doorgift kahwin ni, so aku tetap kena tunaikan demi korang yang tersayang. Ecece. Dulu masa aku kahwin, ada la aku usha-usha pasal doorgift ni, tapi disebabkan dulu aku ni takde sumber kewangan yang kukuh, so aku buat ala kadar je. Aku buat doorgift sendiri, aku beli paper bag yang brown yang orang taruk pisang goreng cheese tu, pastu aku tampal sticker yang aku sendiri create entah pape, pastu aku sendiri yang gunting reben, buat reben sendiri dan tampal kat paper bag. Aku buat sikit sikit. Aku beli paper bag sebelum 4 bulan aku nak kahwin. Aku buat sikit sikit, asal ada mood rajin datang je, aku mula la menggunting sticker, tampal sticker dalam 50 pieces dalam masa seminggu. Haha punya la aku malas gila. Bila aku rajin banyak, aku mula la create reben siap -siap. Nanti kalau rajin tu datang lagi, aku boleh terus tampal reben tu.

Dulu aku duk rumah sewa dengan kengkawan, nak buat barang kahwin pon terhad wei. Macam susah nak dapat mood kahwin ni, lain la kalau ada mak kat sebelah. Alhamdulilah, sepanjang aku duk siapkan doorgift aku haritu, walaupun member aku ni takde la nak membantu sangat, kalau bantu pun sebab aku yang paksa dorang, yang paksa pulak jenis buat reben 4,5 ketul terus cabut lari bagi alasan pakwe call, atleast dorang tak kacau kerja aku. Haha.

Ada beberapa item yang ada kat Ikea yang korang boleh jadi doorgift, dan ini sangat ohsem!

RUSCH Jam dinding IKEA
RUSCH Jam dinding IKEA
Jam ni berharga RM2.50. Murah gila kan? Dan aku perasan ramai gila yang borong jam ni untuk dijadikan sebagai doorgift. Sampai 3,4 troli. Tapi limit dia hanya 6 item untuk sorang customer sahaja. Kalau korang nak borong jam ni, korang kena ajak mak ayah, abang akak, adik, bakal mak pak mertua, bakal laki korang sendiri, jiran rumah sebelah, member-member, housemate, classmate, kawan facebook datang beratur secara berjemaah kat kaunter Ikea.
Tapi kalau korang terlajak rajin sangat, korang boleh beratur berulang kali sampai koma tak sedarkan diri. Macam aku ni jenis cashier yang baik hati sesangat, aku tak limitkan pembelian jam ni. Kadang aku buat sampai 100 jam. Kesian weii, penat pakcik makcik nak beratur banyak kali. Aku boleh buat selagi supervisor aku takde kat area kaunter aku. Haha. Peduli laa. Bukan kata dorang tak bayar, dorang bayar, cuma terlebih limit je sikit. Aku ni bukan jenis nak ikut “rule” sangat. Selagi benda tu tak berdosa dan tak harem, lantak pi laaa. Memang orang tahu aku ni jenis liat sikit nak follow peraturan dan aku insan paling takde disiplin sangat.
So, aku recommended kan jam ni untuk dijadikan sebagai doorgift. Jam ni banyak kegunaannya. Eh takkan nak aku jugak yang terangkan satu per satu pasal keistimewaan jam bagi manusia di muka bumi ni? Korang jangan buat lawak boleh tak. Hmm.
Keduanyaaaaaa :
RAJTAN Balang rempah IKEA Terdapat bahagian yang lut sinar; memudahkan untuk mencari apa yang hendak dicari, tidak kira di mana balang di letakkan.
RAJTAN Balang rempah IKEA Terdapat bahagian yang lut sinar; memudahkan untuk mencari apa yang hendak dicari, tidak kira di mana balang di letakkan.
RAJTAN Balang rempah IKEA Terdapat bahagian yang lut sinar; memudahkan untuk mencari apa yang hendak dicari, tidak kira di mana balang di letakkan.
Keduanya is balang rempah ratus ni. Aku pernah perasan ada pengantin tu bagi doorgift dalam balang ni. Dorang letak gula gula, then tampal sticker dengan reben kat depan balang. Memang ohsem gila. Masa mula mula aku dapat bendealah ni, aku teruja jugak la kan. Time tu aku pergi majlis kahwin kawan suami aku. Time tu aku tak bertunang pun lagi. Masih kawan-kawan biasa, tapi dia dah berani duk perkenalkan aku kat kawan kawan dia cakap aku ni awek dia. Aku pergi beramai ramai, semuanya lelaki. Disebabkan semuanya lelaki dan lelaki ni otak dia mana kreatif sangat dan mana nak nampak function bendealah ni macamana di masa hadapan, maka aku mitak izinlah nak kaut semuanya biar jadi hak milik aku sorang. Korang tahu aku buat apa? Aku jadikan balang ni sebagai balang garam, ajinomoto, serbuk kunyit, serbuk kari dan also on. Nampak tak function dia? Berguna jugak untuk seisi keluarga.
Harga berapa? RM4.90 untuk 4 unit. Murah kan?

Ketiganyaaaaa….
Kalau korang rasa korang ni manusia paling sweet ngalahkan cerita Hati Perempuan yang korang duk hebohkan yang memenuhi kat wall aku tepat pukul 7 malam tu, korang hadiahkan bunga comel tak hengat dunia ni sebagai doorgift perkahwinan korang. Aku rasa untuk member-member terdekat memang relevan gila idea ni. Semua perempuan sukakan bunga dan mereka akan teruja dan terus ‘lemme take a selfie’ dengan bunga ni terus mention facebook dan insta korang dan buat caption ‘how sweet lah my bestfriend forevermore and moreeeee’sambil guna icon muka terharu gila air mata meleleh.
Harga? RM1.90 sahaja wahai diknon ku sayang sekalian alam.
Keempat…..
REKO Gelas IKEA Boleh disusun bertingkat di dalam satu dengan yang lain untuk menjimatkan ruang di dalam kabinet bila tidak digunakan.
REKO Gelas IKEA Boleh disusun bertingkat di dalam satu dengan yang lain untuk menjimatkan ruang di dalam kabinet bila tidak digunakan.
Nahhhh. Ni jimat gila diknon oiiii. Why bother, why bother, why bother. Harga RM3.50 untuk 6 unit. Korang bayangkan dengan harga RM3.50 ni korang boleh hadiahkan kepada 6 orang tetamu. So ohsem lah! Alaaa, takkan aku nak ajar satu satu kot. Korang tampal la sticker atau reben ke, then letak something apa yang boleh dikunyah dalam tu. Salah satunya, popcorn. Haaa. Korang letak popcorn, korang amik plastik then ikat dari atas dengan reben. Buat macam pocong. Meletop letop la doorgift korang. Top top meletop ke tidak, meletop ke tidak?

Kalau korang memang jenis kreatif dari kecik lagi, korang boleh lukiskan apa apa pun kat gelas ni. Lukis kereta ke, harimau ke, Obama ke, tak kisahlah apa jenis lukisan sekalipun. Asalkan comel dan menarik 🙂

Salam sayang, aten 🙂

Kisah dan Tips Belanja Hias Rumah

‘Rumahku, syurgaku’ itulah yang dipegang kuat oleh pasangan muda ini sehingga si isteri, Cik Atenn Azlan nekad menghiaskan dalaman rumah menjadi sebegini cantik dan indah walaupun ia sebuah rumah flat yang disewa. Cik Atenn mahu mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah buat suami tercintanya, Amer. – Dipetik dari sebuah blog http://www.thevocket.com

“Selalu share deco rumah orang, harini nak share deco rumah sendiri pulak. Biarlah tak cantik macam rumah orang lain pun. Hehe. Selamat datang ke rumahku syurgaku,” tulis Cik Atenn Azlan di Facebooknya.

deko 00

Flat Sri Meranti, Bandar Sri Damansara

RUANG TAMU

PhotoGrid_1416031908496.jpg

Mula-mula masuk – kosong. Nasib baik tv beli zaman bujang.

2 tahun lepas.

10600592_845850262122174_3198594341869421325_n

1393715_874164495957417_3796249836684503456_n

11146595_1085896131450918_7845769780212631822_n

PhotoGrid_1413380831162

10505368_893295254044341_6409324830116625720_n

Beli karpet dan sofa

10922356_926612994045900_4279642708763367935_o

Setahun lepas

Proses mengecat rumah pertama kali

10906339_924368544270345_6885148343523918335_n.jpg

10426242_958992470807952_2143967202046678801_n

11034332_958992497474616_5151495828930871181_o.jpg

Proses mengecat rumah kali kedua

11147085_983375678369631_546830886498307856_n.jpg

Beli kain langsir baru

11188463_988523631188169_6475141812146401366_n

IMG-20150726-WA0010

Proses memasang shelf (atas tv) dan lampu gantung

IMG-20150727-WA0000

IMG-20150831-WA0000

12705552_1172093802831150_6441367405266293920_n

12963684_1212384012135462_1228327234723838254_n

(Tak gantung frame Khat Khufi lagi)

11209650_988848234489042_692761340534003310_n

Dapur dan ruang tamu berkongsi satu ruang.

IMG-20150830-WA0009

12321120_1129386987101832_6734323475523648264_n.jpg

RUANG ATAU MEJA MAKAN

10527622_861522293888304_5825456507111960303_n.jpg

2 tahun lepas

11401559_1007298899310642_2282192887043404599_n.jpg

11425824_1006164042757461_8327537556995461919_n (1).jpg

11751958_1027481727292359_1666635079414642486_n

12523074_1144068438967020_6869863503309139795_n

1511360_1142188172488380_3297197353625703373_n

11822590_1041924085848123_6559816440059455412_n

Setahun lepas

 Aku suka memasak (sejak aku kahwin. Haha)

12669593_1159159457457918_2752822168985228582_n

4 bulan lepas

12961660_1208883679152162_6728949322092344258_n

Sekarang

12745705_1171774699529727_8500775637638465507_n

12705588_1170724516301412_1387544204597052037_n

12805995_1184565354917328_53404991251506266_n

12919856_1203279633045900_5391942418516763796_n

DAPUR

1901265_854859461221254_3835645008099468056_n.jpg

10155582_922679304439269_7382281400765547101_n (1).jpg

Balik dari final exam terus cat dapur

1800262_1031848970188968_1401031146758795298_n.jpg

10387302_924420350931831_504674290004041885_n

12240039_1114916401882224_8069949101554666841_n

12241347_1119084491465415_3787042060401323247_n

12715680_1171774716196392_641327602268219471_n

12729053_1171774736196390_1219225923201060544_n.jpg

12375957_1130349750338889_2955881561823746426_n.jpg

12391270_1131422990231565_4026449610446635873_n.jpg

12963708_1212384062135457_33225886842231881_n

12994457_1212384132135450_6535276480776038868_n.jpg

12974529_1212563685450828_96847165875080642_n

12391012_1129960957044435_6468793832125488237_n

10401509_1171774749529722_8426289807460468989_n

Dapur sentiasa berlaku penambahbaikan dan try & error

LORONG KE BILIK-BILIK

12295361_1124131844294013_5272213614056177700_n

Bilik persendirian aku. Bilik kami aku tidak boleh upload. Bilik suami isteri tak elok tunjuk kat orang 😛

12801398_1183134441727086_2372682807504235530_n (1).jpg

12963580_1212642882109575_4402898126176439187_n

13010871_1212384225468774_5320516798143671447_n

Tip Hias Rumah

1. Tetapkan konsep dekorasi sebelum mula menghias dan membeli barang hiasan.

Aku nak buat macam tema cafe hipster. Hehe tapi tak jadi sangat. Ada juga tiru cara Ikea sedikit.

2. Fahami konsep dekorasi yang mahu diketengahkan di dalam hiasan dalaman rumah.

Hipster – comel, simple, minimalis dan tidak perlu gunakan barangan atau perabot mewah.

3. Pilih kedai yang menawarkan banyak pilihan produk dan harga murah.

Kebanyakan barangan dari Ikea yang merangkumi 90% dari keseluruhan hiasan dalaman. Tetapi lebih suka memilih harga yang murah-murah.

4. Susun strategi bagaimana mahu dapatkan harga murah.

Aku decide nak kerja kat Ikea masa study hari tu. Buat part time (sebab) staf dapat harga discount 15%.

5. Jana pendapatan tambahan tanpa mengganggu kewangan keluarga untuk hias rumah.

Aku ada juga buat personal shopper sekali. Tolong ambil upah belikan barangan Ikea untuk orang. So duit upah personal shopper aku gunakan untuk beli barang untuk hias rumah.

6. Anggap hias rumah ini satu pelaburan buat diri dan keluarga.

Semuanya (wang tambahan) untuk rumah sebab aku teringin nak ada rumah yang selesa dan cantik.

Sebab aku tengok rumah mak mertua aku cantik dan kemas. Dan Amer pun sukakan rumah yang bersih, kemas dan cantik. Aku nak pikat dia supaya dia tidak keluar rumah dan melepak kat luar dengan kawan-kawan. Ianya berjaya!

Dia pun ada cakap yang dia lagi suka duk di dalam rumah berbanding keluar rumah yang setiap langkah perlu mengeluarkan duit.

7. Deko rumah berperingkat-peringkat dan tidak perlu mengikut sudut demi sudut.

Kumpul sedikit demi sedikit bukan beli sekali harung (sekaligus). Beli secara random (bila ada duit). Bila kita dah tetapkan tema – kita tahu apa yang perlu beli dna tidak perlu berdasarkan keluasan rumah dan tema yang kita nak.

8. Bandingkan harga bagi jenis kategori produk yang sama.

Aku tidak bandingkan harga kedai dengan harga kedai lain. Aku ada buat tapi tak banyak. Aku banyak bandingkan barangan sesama Ikea. Contoh,  aku pilih pinggan yang lebih murah, shelf yang lebih murah, bunga yang lebih murah dan sebagainya. Yang penting murah dan cantik.

Petikan dari http://www.thevocket.com ketika mereka menemubual aku tempoh hari.

Disebalik Hasil Ada Usaha Yang Orang Tak Pernah Nampak..

Screenshot_2016-02-02-22-07-14.jpg

Lepas kahwin, Amer mintak aku tinggal dengan dia – aku 23 tahun 20 hari (Jun, 2014) – agak muda dan sangat mentah dalam ilmu rumah tangga. Dalam akaun bank ada RM20 yang tak boleh dikeluarkan lagi – limit akaun bank islam.

HME_4227

12027675_1067087089998489_1030674626092691625_n

Masa tu seminggu nak final exam. Aku kahwin masa study week. Sepatutnya masa final exam, aku boleh je nak stay duduk dengan housemate aku dan lepas final exam terus balik kampung buat sementara waktu. Tunggu semua reda. Tunggu dia cari duit dulu untuk support semua.

Tapi dia nak aku tinggal bersama dengan dia. Lepas kahwin harini, lusanya balik kl sebab aku dah nak exam dan terus ke rumah sewa angkut barang-barang aku.

Kami duduk dengan member-member dia buat sementara waktu – aku duk medium room – bilik lama dia. Mereput dalam tu aku sorang-sorang. Nak keluar ke ruang tamu rasa segan yakmat – hampir 3 bulan

Member-member dia nak keluar rumah sebab nak bagi peluang pada orang yang baru mendirikan rumah tangga – seronoklah aku sebab sewa lama still RM600 walaupun sepatutnya masa tu sewa rumah RM1200-RM1500. Apartment agak luas dan master room ada bilik air.

10376322_788701727837028_4050083794266970276_n

Owner nak jual rumah – dia dah jualkan pada orang lain.

Aku cakap biar aku menyewa bilik dengan member kat Bukit Angkasa, lagi pula member aku tengah cari partner. Dan biar dia stay dengan member-member dia balik. Menyusahkan dia je kena hantar ambil aku dari damansara ke UM. Tapi siapa yang nak lepaskan bini? Baru kahwin kot. Kalau dulu masa bercinta boleh datang dari Damansara ke Bukit Angkasa, kenapa kalau dah kahwin tak boleh buat? Kata dia.

10850025_899930223380844_2971691584698899180_n.jpg

10678850_899930086714191_495648235125860237_n (1).jpg

Part cari rumah sewa – masuk 7e, masuk kawasan flat-flat. – kami tak pernah mintak tolong orang untuk carikan rumah sebab aku tahu takkan ada siapa yang sudi membantu. Selagi ada kudrat dan tayar motor boleh bergerak – kami buat sendiri. Kadang-kala kita tak perlu tunjukkan betapa sengsaranya hidup kita, sebab nanti akan ada orang akan cakap “who the fuck cares about your life?” Kau juga kena ingat, takde untungnya kalau kau meluahkan masalah kau pada orang ramai, 80% langsung taknak ambil tahu, yang 20% lagi sedang bertepuk tangan sebab mereka memang mengharapkan kau merana.

Dapat rumah flat yang macam sekarang tapi blok lain. Owner nak rumah dia balik – anak sedara dia nak rumah, datang dari kampung nak kerja. Masalah ni jadi bila penyewa lama nak keluar rumah tapi owner tak mahu bagi deposit balik. So penyewa lama cari penyewa baru untuk dapatkan deposit dari kami. Dan mereka gaduh lagi – kami jadi mangsa.

Aku menangis sorang diri dalam bilik air, aku bukak air paip laju-laju. Aku basuh muka aku – keluar dari bilik air dan aku nampak dia termenung, aku peluk dia dari belakang dan aku cakap “jom g keluar masuk 7e, rasa rindu pulak” – disinilah peranan seorang isteri untuk tenangkan hati suami dan bukannya menyesakkan lagi. Aku tak mahu nak salahkan penyewa lama, owner rumah dan sesiapa. Benda dah jadi. Ada sebab kenapa Allah bagi ujian pada kami.

Aku jenis manusia yang selalu cakap “benda kecik je”, “no hal”, “ok je”, “boleh je”, “aku tak kisah” – orang kata nak cari bini cari yang kuat agamanya – tapi salah satu yang lain adalah tidak mudah melatah, tidak cepat down dan sentiasa kuat. Aku depan dia je nampak kuat, sebab aku tahu dia akan kuat bila aku kuat. Kalau aku lemah, dia dua kali ganda akan lemah. Kalau aku nak nangis bab kehidupan atau ujian, aku kena nangis sorok-sorok, nanti dia akan rasa bersalah sebab dia dah buat aku tak bahagia dan ikut susah sekali. Padahal aku tak pernah rasa susah bila hidup dengan dia, cuma kadang-kadang airmata yang keluar ni airmata untuk Allah – kecewa atau bahagia.

1917141_1149437731763424_1280758859751059466_n

Aku tak pernah nak menyusahkan mak ayah kat kampung. Tak pernah call cakap aku ada masalah. Dah nak kahwin sangat kan, pandai-pandailah bawak diri. Jaga diri sendiri dan suami baik-baik. Tapi mak ayah aku tahu aku bukan jenis yang cepat putus asa – kalau tak macamana aku boleh terlepas kahwin masa study dan tengah study week pulak tu. Masa tu aku selalu tarbiah sentap manja-manja mak ayah aku dengan dalil-dalil al-quran pasal keistimewaan kahwin muda. Kalau lelaki boleh guna dalil cakap boleh kahwin 4, kenapa aku tak boleh?‪#‎jangankecamsaya‬

Masuk 7e, masuk kawasan flat balik – member Amer dapat tahu kami sedang cari rumah dan alhamdulilah dapat – sampai sekarang Amer rasa terhutang budi dengan member dia dan boleh dikatakan dia selalu bawak balik pizza domino untuk bagi anak bini member dia makan pizza. Aku rasa sekarang mereka pun dah muak makan pizza. Dah tak nak pandang dah kot. Hehe.

Angkut barang-barang guna motor. Pakai beg ikea. Dalam masa 5 bulan 2 kali pindah rumah – memang penat.

First – beli kabinet tv. Tengok tv beralaskan toto. Kemudian beli karpet harga RM50 kat jalan tar. Bila terasa sakit punggung – beli sofa. Beli bekas polisterin putih nak letak ayam, ikan sebab takde peti ais – kumpul duit baru dapat beli. Banyak benda kami beli sikit-sikit.

Tentukan tema rumah – nak macam cafe hipster – hitam putih, ada elemen kaca dan kayu pallet.

Nak beli barang ikea tapi agak tak mampu – aku decide untuk kerja di ikea sebab dapat diskaun 15%. Aku – kerja part time, study, pergi kelas, online bisnes dan buat personal shopper ikea dalam satu masa – sampai aku pengsan 5 kali kat kaunter ikea sebab kepenatan, dehydrated, tekanan darah rendah.

12573828_1160462703994260_6380252190753206826_n.jpg

Cashier Ikea

1908131_1002878473086018_3419483030691569259_n

Kuliah, assignment – student

10492109_829133363793864_1362664966120993446_n

10519495_831748173532383_4995055693393114227_n

10644827_832249563482244_5016084948536358937_n.jpg

Online business kosmetik

11227777_991175277589671_1036785736090194180_n.jpg

Personal shopper Ikea

11232362_1055921791115019_4483018018545825286_n.jpg

12088266_1090269437680254_5198115281532421449_n.jpg

11836841_1042186345821897_1527553947388772851_n.jpg

Ambil upah paperbag dan goodies majlis kahwin orang

Boleh dikatakan 80% barangan ikea dan barang hiasan aku beli guna duit aku sendiri. Aku biarkan dia uruskan apa yang patut seorang suami uruskan. Rumah, kereta, motor, segala jenis mak nenek bil.

Amer tak bagi aku kerja dan buat bisnes online buat masa sekarang – maybe tercabar dengan kegigihan dan kekuatan diri yang ada pada perempuan Kelate (aku gurau je beb!). Yang tak mudah menyerah kalah. Yang terbiasa hidup susah. Yang berdikari – ibarat kalau takde lelaki dalam hidup pun still boleh hidup lagi. Ceh!

Nak cat rumah – terinspirasi bila tengok cat rumah kondominium depan kedai cat. Nak duk kondominium tak mampu, mampu tiru cat pun boleh. Kami pinjam tangga domino – angkut tangga guna motor – aku yang galas kat bahu.

11034332_958992497474616_5151495828930871181_o

Sekarang, dia bagi aku rehat puas-puas dan mengganggur dan uruskan rumah tangga dulu. Dia cakap walaupun aku tak bekerja dia masih boleh tanggung aku dan keseluruhan semua sekali.

Rumah flat sempit yang dideko yang diupload dalam wall aku semalam adalah rumah yang disewa oleh suami seorang mat despatch, runner dan rider domino piza dan isteri seorang pengganggur a.k.a graduan UM tetapi seorang suri rumah tangga berjaya. Hehe.

10505368_893295254044341_6409324830116625720_n

1488091_1092911900749341_8276520180886958553_n.jpg

Sebab tu aku pernah update satu status dengan ayat “pelamin mewah atau rumah, mana pilihan korang?” Aku tahu pelamin mewah tak semahal rumah, tapi aku sebagai orang yang dah pernah makan asam garam untuk cari tempat berteduh tahulah bagaimana susahnya hidup lepas kahwin. Tak seindah pelamin yang gah. Aku tak cakap pula kahwin ni tak best. Best. Tapi dalam masa yang sama yang best tu tetap ada dugaan yang ditimpakan agar hidup ini jadi lebih best selepas diuji.

Aku suka menulis tentang – based on a true story. Aku nak bukak mata orang muda seperti aku kat luar sana.

vIRAL.png

Ada setengah orang lebih suka kalau lepas kahwin, isteri masuk rumah just cuci kaki je. Tapi aku lebih suka susah senang sama-sama macam ni – ada moment untuk dikenang. Dan baru ada rasa – appreciate each other dan bersyukur dengan apa yang ada.

Kalau kau nampak benda-benda yang best pasal rumah tangga (relationship goals misalnya) dalam facebook, jangan sesekali tag atau mention pasangan seolah-olah kita mitak mereka sediakan untuk kita, tunjuklah effort kita yang sanggup susah senang sama-sama.

Bacalah dengan mata hati, di sini banyak aku simpulkan tentang realiti rumah tangga (part cari rumah je) selain rumah besar, kereta mewah dan makanan best-best. Walaupun aku masih muda, tapi pengalaman hidup banyak mengajar aku dan degree is nothing.

Degree – kasta untuk membezakan siapa pandai, siapa bodoh. Tapi rezeki Allah – tak kira kau pandai atau bodoh asal kau rajin dan kuat berusaha – semua boleh rasa. Rezeki Allah itu luas. Seluas-luas rezeki Allah di dunia ini hanyalah 1 nikmat dari Allah saja, 99 nikmat yang lain semuanya ada di syurga nanti. Jadi, janganlah masing-masing dengki dan busuk hati dengan rezeki orang lain.

Jangan salah faham dengan statement degree yang aku falsafahkan ini. Maksud aku, apa guna ada segulung degree tapi kau tak mahu berusaha untuk teruskan hidup. Dan kau mahukan kejayaan selepas belajar datang bergolek di kaki kau. Kau kena tahu perjalanan hidup ini sentiasa ada dugaannya. Dugaan ketika belajar, dugaan selepas belajar. Kau berjaya di universiti namun belum tentu kau berjaya di luar hanya kerana kau tidak mahu berusaha untuk hidup yang lebih baik dan sempurna.

Rezeki is mean kemewahan, kesihatan, kesempurnaan, kecantikan, kepandaian, kezuriatan, kebahagiaan, ketenangan dan apa jenis ke-an lagi. Kau dengki dengan rezeki bersamaan 1 nikmat dunia padahal kau dah terlepas 99 nikmat kat syurga. (Tiba-tiba berceramah pulak)

Berkahwinlah when you’re ready, not when you’re lonely

HME_4041

Seorang lelaki biasa berkahwin dengan perempuan biasa, namun mereka bersedia untuk saling mengerti, saling memahami, saling melengkapi, saling memberikan yang terbaik antara satu sama lain.

1 (2).png

Siapa aku? Seorang perempuan yang berjuang menjalani hari dan hidup dengan dia.

HME_4249

Saya akan tunggu awak. Gembira?

Assalamualaikum.

 

Mukadimah Manuskrip

10341496_247787822095633_5399255490050510661_n

Assalamualaikum.

Hai. Aku Cik Atenn Azlan. Panggil aku Aten. Lebih selesa dan manja bukan?

Aku sudah berkahwin. Masih muda lagi bukan? – 2 tahun lepas punya cerita.

Suami aku bernama Amer. Aku tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada Amer. So, dia tidak akan menjadi hero dalam cerita aku. Dia sekadar watak sampingan yang akan menghidupkan dan melengkapkan perjalanan hidup aku nanti.

Kalau dia bukan hero, dia jadi apa? Kalau aku kata dia sekadar props kejam tak aku?

Oh. Amer juga masih muda dan kacak bergetah. Aku harap aku dan dia akan sama-sama menua nanti. Sampai bila nak jadi muda?

Aku masih belajar, jadi mengapa mahu berkahwin?

Mungkin disebabkan aku keras kepala dan degil mahu berkahwin juga.

“Nak kahwin. Nak kahwin. Nak kahwin jugak!” Aku menjerit mengada manja minta kena teranjang sambil aku menghentak-hentakkan kakiku pada lantai rumah hingga pecah meretak – gambaran diri aku ketika aku minta izin mahu berkahwin dengan mak dan ayah.

Kalau ikut kata ayah aku dulu, “Nak makan apa nanti? Makan pasir?”

Kenapa mesti pasir dijadikan contoh apabila hidup dalam kesusahan? Pasir sudah tidak relevan dijadikan sebagai contoh untuk zaman serba canggih dan hipster ini. Kemonlah, cukuplah dengan sekadar bertanya, “Nak makan apa nanti? Chicken Chop?”

Kemon. Sudah wujud Chicken Chop bajet berharga RM5.00.

Perjalanan hidup aku tidak mudah. Sama seperti manusia normal yang lain. Ada pasang surut. Kadang aku di atas, kadang aku di bawah.

Sebelum aku berkahwin, aku pernah teruk dikecewakan oleh seorang lelaki yang boleh aku katakan dialah bakal suami aku nanti, namun aku silap.

Aku bercinta hampir 4 tahun lamanya. Mungkin tempoh percintaan aku tidak begitu lama bagi mereka di luar sana. Namun bila aku kira-kira balik 365 hari x 4 tahun. Fuh.

1 tahun bersamaan 12 bulan – 365 hari – 8760 jam – 525600 minit – 31536000 saat.

Fuhhhh!

Aku bercinta hampir 126,144,000 saat dan hubungan ‘tiada jodoh’ itu terputus di tengah jalan. Kecewa? Sudah tentu. Jujur aku katakan, aku mengalami tekanan perasaan dan tekanan hidup sehingga tidak dapat berhubung dengan dunia luar.

Aku terputus hubungan dengan manusia di bumi. Jasad aku di bumi, hati aku di planet lain. Begitu jauh sekali lelaki itu mencampakkan hati aku. Aku ke planet berkenaan untuk hidup di sana, namun aku balik semula ke bumi hanya disebabkan makhluk planet berkenaan tidak faham bahasa Melayu.

Begitu hebatnya penangan putus cinta bagi aku. Terputus habis segala urat sarafku.

Namun selepas itu barulah aku sedar akan kehadiran suami aku yang sedang menunggu peluang. Dia adalah insan yang tidak pernah mengenal lelah dan tidak berputus asa mendoakan agar aku tidak berjodohan dengan orang lain.

Bila aku tulis – “suami aku yang sedang menunggu peluang”, aku sedang membayangkan muka angker gila dia sambil mengusap-ngusap misai Wok Keroyoknya sambil gelak berdekah-dekah “Kahkahkahkah”

Pada mulanya, aku ingatkan cinta kami sekadar “cinta rebound”, tetapi selepas berkenalan, berkawan dan bercinta, akhirnya dia berani melamar untuk menikahi aku. Pada mulanya aku ingatkan dia sekadar membuat jenaka paling bodoh. Namun, dia memberanikan diri menghubungi mak dan ayah aku untuk menikahi aku kerana tidak mahu kehilangan aku.

Berkahwin ketika belajar, kenapa tidak?

Pada dahulu kalanya, mak aku pernah punya pengalaman belajar ketika sudah berkahwin; mak aku ditawarkan untuk menyambungkan pengajian pada peringkat sijil untuk kursus Kejururawatan ketika mak sudah mempunyai empat orang anak perempuan yang sangat comel termasuk aku.

Jadi bagi aku tidak salah rasanya berkahwin ketika masih belajar, asalkan ada kesungguhan dan mampu mengalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan pelajar.

Ayah dan mak aku juga bersetuju memandangkan aku pernah kecewa dalam bidang percintaan, takut juga jika pisang berbuah dua kali. Dan aku juga ada meletakkan sebab-sebab kenapa aku sudah ingin berkahwin. Antara sebabnya; “Dah gatal nak buat macamana khen?”

“Oit! Aku dah move onlah! Aku juga nak rasa bahagia!” Tempik aku pada telinga orang sebelah. Entah pada siapa-siapa. Nasiblah siapa yang berada di sebelah aku.

Aku masih ingat lagi pada ketika Amer melafazkan akad nikah – “Aku terima nikahnya Noor Fathin binti Azlan dengan mas kahwin sebanyak RM7000 tunai..” – Tiba-tiba bunga api mula berdentam-dentum di ruang angkasa menandakan “kami dah halal beb!”

“Tahniah! Selamat sudah kau menjadi isteri orang” Bisik kawan aku, Amani, pada telinga sebelah kanan aku.

“Oh no!” Dari situlah baru aku tersedar dari mimpi yang aku telah menjadi isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat kepada Muzamir dengan sekali lafaz. Kalau dua kali lafaz, aku nak gelak kuat-kuat depan tok kadi, wali aku dan saksi-saksi yang lain. Hang kata hang tera!

Kemudian, mak aku berbisik pada telinga sebelah kiri aku, “Amer menangis” – nampak sangat mak sedang mengumpat menantunya. No mak, no.

“Oh no! Telefon mana telefon?”

“Kenapa? Nak buat apa?”

“Nak rakam orang menangis” – Cara bini nak mendajalkan suaminya.

Maaf, hamba sedang berseloroh saja.

Lagi sekali Amani berbisik di telinga aku, “Kau taknak nangis? Sejantan Amer boleh menitiskan airmata, tapi kau langsung tak. Kau memang hebat Aten” – kemonlah.

Aku?

Aku sudah pun menangis di dalam hati ketika ayah datang menghampiri aku sebelum aku diijabkabulkan.

“Kaklong. Ayah minta izin untuk lepaskan kaklong. Mulai saat kaklong diijabkabulkan, kaklong bukan lagi tanggungan ayah dan ayah akan serahkan segala tanggungjawab ayah untuk digalas oleh Amer. Dan inilah tanggungjawab terakhir ayah sebagai seorang bapa untuk menikahkan kaklong dengan lelaki pilihan kaklong”

Well, siapa cakap aku tak menangis?

Sementelaah itu, aku masih mahu memerhatikan Amer yang sedang sebak-sebak mengesat airmata sambil berpelukan dan bersalaman dengan orang-orang disekelilingnya.

Alhamduliah, “We’re married!”

Sekarang baru aku faham kenapa Allah bagi dugaan yang sangat berat pada aku. Sebenarnya Allah nak bagi aku sesuatu ganjaran yang lebih indah. Sekarang aku sudah mengerti yang aku sebenarnya boleh mencipta kebahagiaan sendiri andainya aku sendiri tidak mula menyakiti hati dan diri aku sendiri.

“Oitt! Aku dah move onlah! Duniaaaaa, aku juga nak rasa bahagia!!” Tempik aku sekali lagi. Tapi orang sebelah cepat-cepat menyelamatkan diri dari ditempik untuk kali kedua.

Ahh! Biar konvo lambat, jangan kahwin lambat. Nak kejar deanlist dah tak dapat dah, so aku nak kejar title isteri mithali pula – muka semangat, jiwa membara. Kau apa tahu?

Terima kasih kepada bekas kekasihku.

Kenapa?

Dia adalah asbab mengapa aku menerima lamaran lelaki yang lebih menyayangi aku dan bukannya aku yang menyayangi lelaki.

“Wahai perempuan, kahwinlah kamu dengan lelaki yang bersungguh-sungguh inginkan kamu dan bukan dengan lelaki yang kamu mahukan”

Nak sambungan?

Tanda-Tanda Kena Kacau Dengan Jin/Saka

Aku bukan nak menakutkan sesape pun pasal status tadi. Sebab selepas aku berkahwin, aku selalu rasa sakit. Masa tu aku fikir mungkin aku penat sebab aku masih belajar, buat kerja part time dan kena uruskan rumah tangga. Aku fikir benda tu normal sebab tanggungjawab yang aku kena galas makin besar dan tak mudah.

Pastu benda tu makin melarat bila setiap malam aku mimpi yang bukan-bukan sampai aku menangis. Kadang dalam aku tengah tidur pun aku duk menangis, ketawa dan meracau. Kadang-kadang bila bangun tidur, aku nampak ada kesan-kesan lebam. Bila aku tanya, prof aku cakap salur pembuluh darah aku apekebenda entah jenis nipis. Jadi badan aku cepat lebam. Aku fikir mungkin betullah kot.

Sampailah aku terdengar bunyi-bunyi yang selalu aku dengar. Dan aku fikir benda tu normal. Yela hidup berjiran kan. Mesti ada jiran aku buat aktiviti masing-masing – bertukang, tumbuk batu lesung, heret perabut, bunyi budak menangis dan bunyi guli melantun. Aku memang bersangka baik yang bunyi-bunyi tu dari rumah jiran aku. Cuma adakalanya aku tak boleh bersangka baik dengan bunyi guli.

Aku terfikir, siapa yang main guli sampai 2,3 jam tak berhenti? Siapa yang hidup dalam kebosanan? So, aku selalu detect muka-muka jiran aku yang selalu naik tangga. Aku nak tengok sape jiran aku yang kemurungan selalu main guli.

Then, aku selalu jatuh sakit. On off sakit. Amer selalu cakap badan aku panas, tapi aku rasa sejuk menggigil. Pada waktu tengahari pun aku still berselimut tebal. Dan sampai sekarang, aku tak boleh berpisah dengan selimut. Kalau aku nak tidur, mesti nak kena ada selimut.

Bila aku cerita kat ma, ma cakap sebab penyakit aku. Aku ada hipertiroid. Aku dapat penyakit ni dari form 3 lagi. Dan aku hanya makan ubat untuk 4,5 bulan je. Lepas tu aku dah tak makan ubat. Mungkin sebab aku masih muda. Aku selalu memberontak. Aku tak suka orang cakap aku sakit padahal aku sihat.

Ma cakap hormon aku tak stabil, disebabkan tu aku selalu didatangi oleh mimpi-mimpi yang pelik. Aku masih bersangka baik.

Bila aku dah berkahwin, aku mula teringat pada kata-kata ma aku dulu, ma cakap kalau aku degil takmau makan ubat, kemungkinan aku susah nak mengandung. Sebab hipertiroid melibatkan hormon. If hormon aku tak stabil, aku susah nak mengandung.

Aku pergi ke klinik untuk sambung makan ubat. Bila aku dapat result ujian darah, hormon dan etc, doktor cakap aku dah normal. Hipertiroid aku dah hilang. Aku pelik. Aku cakap aku tak pernah makan ubat tapi macam mana tiroid aku boleh hilang?

Penyakit tiroid aku tak boleh dikesan. Ma aku tuduh aku menipu. Ma cakap sebab aku malas pergi klinik, so ma ingat aku saja buat cerita yang aku ni dah sihat. Tak pasal-pasal aku kena marah.

Masa aku bujang, aku tak pernah ada period pain. Tapi sejak aku berkahwin, tiap kali aku period, aku menggelupur kesakitan. Aku fikir benda tu normal. Mungkin sebab aku dah berkahwin, hormon aku dah berubah. Sebab ada yang masa bujang dia ada period pain, bila dah kahwin period pain dia dah hilang. Aku bersangka baik lagi. Yang aku tak boleh bersangka baik tu bila aku rasa ada orang melompat-lompat atas badan aku sampai aku tak boleh bangun. Sampai aku rasa tulang aku macam patah. Seolah-olah ada orang tarik-tarik usus perut aku. Sakit gila!

Tiap kali aku period je mesti aku sakit. Tapi masa tu aku tak fikir yang bukan-bukan lagi.

Ok. Yang pasal aku selalu dapat sakit seminggu sekali tu, Amer dah mula fed up tau. Sebab bila kami pergi ke klinik atau hospital, doktor selalu cakap aku tak sakit pun padahal Amer sendiri nampak aku menggelupur, menggigil dan menangis sebab tak tahan sakit.

Minggu ni aku pergi hospital dengan ma sebab ma tak percaya. Doktor tetap cakap aku tak sakit apa-apa. Then barulah ma percaya yang aku tak menipu.

Yang aku pelik, berat badan aku makin susut. Bila aku balik kampung, kesemua famili aku cakap aku nampak macam orang sakit. Ya. Aku pun pelik. Aku lapar macam nak lembu seekor, tapi bila makanan ada depan mata aku, aku tak jamah langsung atau aku akan makan untuk 2,3 mulut je. Sampai aku kena bebel dengan Amer. Dia cakap aku membazir – cakap lapar tapi bila makan rasa nak termuntah.

Malam tu, kiranya seolah-olah semua ni bakal terjawab bila aku dan Amer sedang bertukang. Bila Amer ketuk paku pada dinding, orang sebelah rumah balas balik ketukan tu. Amer ketuk, dia ketuk. Amer ketuk, dia ketuk. Kami macam teragak-agak nak habiskan risau menganggu jiran sebelah. Mungkin jiran sebelah nak bagi warning. Esok lusanya, kami bunyi mereka bertukang lagi. Memang sebelum ni ada dengar, tapi yang ni makin kuat. Ok aku cakap dalam hati, dia nak balas dendam kot. Kami diam jela. Malas nak gaduh. Sampai satu tahap Amer tegur aku, dia suruh aku berhenti bertukang sebab bising sangat. Aku cakap aku takde buat apa pun. Aku duk diam-diam dalam bilik. Dan malam lainnya, aku marah Amer balik, aku suruh dia tegur orang atas jangan main guli lagi sebab aku dah mula rasa semak dan rimas.

Aku masih ingat lagi, masa Amer kerja malam masa dia jadi rider domino piza, aku rasa seram gila duk dalam rumah sorang-sorang sampai satu tahap tu aku lepak kat luar rumah sorang diri pada pukul 11.30 malam. Bila Amer balik kerja, dia nampak aku duk kat tepi longkang. Amer tanya aku buat apa kat sini sorang-sorang, aku cakap aku dah tak tahan duk dalam rumah tu sorang diri. Rasa macam ada orang perhatikan aku. Amer cakap mungkin aku terlalu melayan perasaan kot. So aku dan dia sama-sama bersangka baik lagi.

Tapi pernah sekali masa aku tengah menangis, aku pergi kat dapur dan aku capai pisau. Aku nak tikam diri aku sendiri. Amer pujuk aku suruh lepaskan pisau tu. Aku tengok dia macam nak menangis sebab aku dah letak pisau kat perut aku. Amer mintak aku mengucap. Masa tu aku taktau kenapa aku stress sangat padahal aku dengan Amer tak gaduh pun.

Dan sekarang Amer tak boleh bersangka baik lagi

Simptom-simptom Terkena Gangguan Jin

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena atau adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka, Lintasan atau A’in):

  1. Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebabmunasabah
  2. Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
  3. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
  4. Bau nafas yang terlalu busuk
  5. Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
  6. Bayi kerap menangis
  7. Belakang tengkuk / bahu terasa berat
  8. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab  munasabah
  9. Bermimpi bayi / kanak-kanak
  10. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
  11. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
  12. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
  13. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
  14. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
  15. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
  16. Darah haid turun lebih dari 15 hari
  17. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
  18. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
  19. Hujung jari kaki / tangan sering terasa menyucuk / kebas
  20. Kaki atau tangan berasa berat
  21. Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
  22. Kemurungan yang berpanjangan
  23. Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
  24. Kerap keguguran
  25. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
  26. Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
  27. Kuat berangan  / berkhayal / hilang daya tumpuan
  28. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
  29. Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
  30. Malas mengerjakan Solat dan beribadat
  31. Marah secara keterlaluan / panas baran
  32. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
  33. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
  34. Mengantuk bila dengar Al-Quran
  35. Mengunyah gigi sewaktu tidur
  36. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
  37. Mimpi makan
  38. Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
  39. Mimpi apa jua yang menakutkan
  40. Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
  41. Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
  42. Nafsu seks yang melampau / tidak normal
  43. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik / premis perniagaan
  44. Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
  45. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
  46. Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
  47. Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
  48. Sakit bebola mata
  49. Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
  50. Sakit jiwa / mental / gila
  51. Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
  52. Sakit perut tanpa sebab klinikal
  53. Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
  54. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
  55. Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
  56. Selalu melihat kelibat / bayangan di rumah
  57. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
  58. Sering pengsan tanpa sebab klinikal
  59. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
  60. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
  61. Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
  62. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
  63. Suka bangun tidur selepas tengahari
  64. Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
  65. Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
  66. Suka berbuat maksiat
  67. Suka melihat diri di dalam cermin
  68. Suka menggulung rambut dengan jari
  69. Suka mengingati / bercakap tentang perkara-perkara lucah
  70. Suka tidur di dalam keadaan berbogel dan meniarap
  71. Suka melakukan onani / gemar pada pakaian dalam orang lain
  72. Suka tidur pada siang hari
  73. Sukar mendapat jodoh
  74. Sukar mendapat zuriat
  75. Sukar tidur malam
  76. Tanda lebam pada anggota badan
  77. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
  78. Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
  79. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
  80. Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
  81. Terasa bahu ditepuk dari belakang
  82. Terasa terkena renjisan air
  83. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat

Tips DIY Pelamin Hipster

Assalamualaikum.

Harini aku nak share tips untuk diy-kan pelamin hipster idaman korang.

Aku nak ajar korang apa itu erti berjimat cermat. Kalau sape-sape nak jadi kawan aku, paling kurang dia kena buat kerja sendiri (diy). Sebab aku suka berkawan dengan orang yang rajin ber-diy. Haha bongkak tak aku?

Ini salah satu gambar contoh.

Kalau rasa nak tiru sebijik-sebijik pun boleh.

Bagi aku ini salah satu susun atur yang aku kira paling ok untuk dijadikan pelamin dan barang pun senang nak dapat.

12321664_603174133172824_7861768097245945726_n

  1. Kerusi

Kerusi – korang boleh sewa kat bridal atau pinjam dengan keluarga, sedara mara atau kawan-kawan yang ada kerusi cantik-cantik.

Tapi jika tiada, korang ada dua pilihan – samada menyewa dengan bridal atau diy sendiri?

Untuk diy, korang boleh menggunakan kayu pallet.

Contoh:

11695913_927078707335586_4554886487283679923_n

11700801_928961450480645_2078789450230665658_o

Fyi; kayu pallet ni korang boleh dapatkan dengan mana-mana pembekal. Harga confirm murah. Ataupun cuba survey kayu pallet ni dekat kawasan perkilangan. Aku selalu nampak mereka buang kayu pallet ni merata tempat.

Pembekal Kayu Pallet Murah

So, aku hargakan kerusi pelamin korang dalam anggaran RM100. Harga paling mahal aku letak. Tapi aku tak rasa semahal tu. Kerusi petak macam tu ada ke sampai RM100? Haritu aku ada survey kerusi kayu pallet jika disewa dapat dengan harga RM100. Kalau buat sendiri mungkin paling murah RM20? Mungkin.

Macamana nak buat? Oii, tak pernah pegang tukul dengan paku ke apa oii? See, aku dah mula membebel. Pantang betul aku orang tak reti guna tukul dan paku. Korang tengok ibu jari tangan aku, membengkak semacam dek ditukul-tukul dengan penukul. Sakit tu wajiblah. Haha.

FROSTA Stool IKEA The stool can be stacked, so you can keep several on hand and store them on the same space as one.

Atau beli je dekat Ikea je stool ni. Boleh jadikan sebagai kerusi. Simple gila kan? Harga RM29

 

 

2) Background pelamin

Background pelamin ni aku kategorikan sebagai langsir atau tirai kat belakang. Korang boleh beli kain langsir per meter dekat kedai kain dengan harga yang sangat murah. Mungkin RM3-RM5 per meter.

Tertakluk untuk berapa meter yang korang mahukan.

If korang nak beli 20 meter – anggaran RM100 untuk RM5 semeter.

 

3) Karpet

Yes. Untuk tema pelamin ala-ala hipster, karpetnya perlulah berwarna hijau. Dan mana nak dapat? Boleh dapatkan dekat kedai karpet untuk karpet pentas, karpet masjid dan etc.

Beli karpet yang nipis (sama seperti dalam gambar) – boleh beli per roll atau per meter.

12321664_603174133172824_7861768097245945726_n

Atau guna je mana-mana karpet asalkan matching dengan pelamin korang. Save bajet!

 

4) Platform

Atau korang boleh guna platform bed yang tidak digunakan lagi.

 

5) Lampu Lip Lap

Nak bagi nampak minimalis – jangan ambil lampu lip lap yang berwarna-warni, cukuplah warna putih je. Ini bukan nak sambut hari raya tau. Ini majlis kahwin.

If korang nak lampu gantung comel macam kat atas ni, korang kena pergi beli mentol kat hardware dan buat wiring setiap satu mentol. Susah? Mintak tolong suruh ayah, abang, pakcik, sepupu lelaki atau kawan yang tolong buatkan.

Better beli dalam 5 mentol pun dah ok.

 

6) Dekorasi

12321664_603174133172824_7861768097245945726_n

ikea rm6.90

Shelf : RM6.90/1

ikea rm2.90

RM2.30/1

ikea rm29.90

RM29.90/1

ikea rm2.50

Frame : RM2.50/1

ikea rm19.90

Lampu : RM19.90/1

ikea rm16.90

Lampu Meja : RM16.90/1

ikea rm3.90 1

Pasu : RM3.90

Bunga : RM1.90/1

ikea rm3.90 2

Pasu Besi : RM3.90

ikea rm4.90.JPG

Pasu : RM4.90

Kaison

Green Grass-Ball : RM1.90/1 (Kaison)

Alphabet Letters – Typoshop atau Kaison ada jual.

Untuk harga di Typoshop.

Bunga hiasan – boleh diy sendiri menggunakan tisu crepe atau tisu Ikea

Tisu Ikea RM9.90 (100 pcs)

Cuba korang kira total sendiri apa kemahuan dan kehendak korang untuk hiasan pelamin sendiri. Untuk apa-apa pertanyaan idea, boleh whatsapp aku 0149328322

Cuma aku suka nak ingatkan pada korang yang semua barang ni akan jadi milik kekal korang dan boleh bawak masuk dalam rumah korang selepas berkahwin nanti. See?

Tak membazir dan sangat-sangat save bajet!

 Sekian, Assalamualaikum.

Bajet Kahwin RM5000

Apa kita dapat dengan bajet kahwin RM5000?

Ini tips dari sumber VS apa yang aku dah buat.

1) Mas kahwin – mengikut negeri masing-masing. Tak perlu nak lebih-lebih. Boleh rujuk pejabat agama islam negeri. Anggaran maksimun RM300

Namun di negeri Kelantan, mas kahwin tidak ditetapkan kerana mas kahwin mereka adalah wang hantaran.

Contoh, mas kahwin aku adalah RM7000 – wang hantaran. Wang hantaran ini menjadi milik pengantin perempuan sepenuhnya dan tidak boleh digunakan untuk belanja kenduri. Melainkan jika pengantin perempuan mengizinkan wang hantaran mereka digunakan. Ini tidak pula bermaksud bahawa pengantin lelaki perlu menyediakan wang belanja, sebaliknya pengantin perempuan dan keluarganya akan menanggung kesemua majlis. Melainkan jika pengantin lelaki sanggup memberi wang belanja kenduri.

Jadi, jangan risau. Walaupun mas kahwin cecah RM7000, tetapi wang belanja kenduri tidak perlu diberi melainkan seperti yang aku kata *pengantin lelaki sanggup bagi.

So, mas kahwin untuk negeri Kelantan dianggap tiada sebab diberi dalam bentuk wang hantaran. Maknanya, RM0.

 

2) Hantaran – buat ala kadar. Berbalas dulang 3-5 atau 5-7. Beli barang hantaran ketika musim promosi atau beli kat Sogo. Dan banyakkan manisan untuk jimatkan duit seperti coklat, kek, buah, pulut kuning dsb. Anggaran maksimun RM500.

Contoh belanja barang hantaran aku punya. Beli barang hantaran masing-masing.

  • Beg tangan – kawan bagi hadiah (Amani)
  • High heel – RM120
  • Set mandian – dapat sponsor dari makcik aku (Mokni)
  • Set penjagaan muka – Sale. RM120
  • Set minyak wangi – Sale. RM100
  • Buah-buahan – RM30
  • Kek – dapat sponsor dari kawan aku (Amani)
  • Pulut kuning – buat sendiri. Sponsor dari ma. Thanks ma 🙂
  • Al-Quran – Family belah Amer sponsor
  • Telekung & Sejadah – Family belah Amer sponsor
  • Tuala – Family belah Amer sponsor
  • Coklat – Family belah Amer sponsor

Masa ni aku tak kisah pun barang hantaran aku tu jenis berjenama ke tak. Yang penting biar ada sebagai syarat atas dulang hantaran. Haha.

Jumlah keseluruhan : RM370. Jimat!

 

3) Cincin – perlu ada utk hadiah kepada pengantin perempuan. Tak perlu mahal-mahal. Beli sebagai tanda sahaja. Nanti dah kahwin ada duit lebih baru beli rantai sebesar rantai motor. Hihi. Tips beli cincin ketika harga mas turun. Anggaran maksimun RM200-RM500

Aku punya cincin – mak Amer yang beli. So, RM0 untuk bajet aku sendiri.

 

4) Baju dan persalinan – guna baju yang sama untuk akad nikah dan majlis kahwin. Majlis dilakukan bukan utk menunjuk-nunjuk baju tapi untuk mewar-warkan kita dah kahwin. Anggaran maksimun RM500

  • Baju akad nikah aku – RM250 (deposit RM100)
  • Pelamin + baju bersanding – RM900. Harga promosi (Deposit RM300)

10341496_247787822095633_5399255490050510661_n

Ini baju akad nikah aku 🙂

Menurut sumber, gunakan baju yang sama untuk akad nikah dan bersanding dan anggaran mereka letak dalam RM500. Tetapi dalam bajet RM1120 aku bukan dapat sehelai baju je, tapi dua helai baju termasuk pelamin! Beza RM620 je.

Total : RM750 (Pelamin + baju bersanding + baju akad nikah selepas ditolak deposit)

 

5) Mekap – mekap sendiri atau minta bantuan dari saudara mara atau kawan-kawan yang teror mekap. Anggaran percuma atau bagi hadiah untuk saudara atau kawan yang tolong mekapkan kita.

Tapi aku takde sape yang sudi mekapkan, so, aku hire MUA. Takkan taknak cantik-cantik kat majlis kahwin sendiri. Ye tak?

  • Mekap akad nikah sekali dengan bersanding terus – RM300 (Deposit RM100)

Tips Nak Lagi Jimat : Buat majlis dalam hari yang sama. Pagi majlis akad nikah dan sebelah tengahari majlis bersanding. So, kat situ dah jimat untuk bajet mekap dan persediaan makan-makan untuk tetamu.

capture-20140904-204232

Total : RM200

 

6) Jamuan makan – kalau bajet sikit, buat gotong royong. Memang jimat. Menu tak perlu gah. Buat menu masakan kampung ramai orang suka. Jemputan 400-500 org sahaja. Tu pun dah ramai dan belum tentu orang datang. Hihi. Tak payah sampai 1000 org jemputan.

Anggaran kos :
Ayam x 40 ekor RM600
Beras 5beg 10kg RM130
Barang2 lain RM670
Sewa barang surau RM200
Jumlah semua RM1600 – tips dari sumber. Tapi tak aku pasti kalau harga barangan yang diberikan masih lagi kekal macam tu sekarang.

Aku pula tak buat gotong-royong sebab tak mahu menyusahkan mak ayah, saudara mara dan jiran tetangga. Lagi pulak, jemputan tetamu aku cuma 350 orang je. Sebab aku buat masa minggu final exam, so ramai kawan-kawan aku tak boleh datang. Hmm nampak tak aku cuba untuk berjimat? Haha.

So aku ambil katering kawan mak aku. Dia masak memang sedap. Memang ramai yang puji. 1 pax – RM9 je. RM9 je tapi ada macam-macam : nasi putih, ayam masak merah, gulai daging, ikan kering, kuih-muih, sambal belacan. Agak-agak kalau makan kat kedai boleh ke dapat RM9 untuk kesemua ni termasuk air yang dah direfill berulang-kali. Ayam bukan ambil seketul tapi 2,3 ketul sorang. Siap bertambah lagi. Makan takde tukang cedok yang bagi daging 2 ketul tapi layan diri. Mentekedarah la sekenyang mungkin.

  • 350 pax X RM9 = RM3150

Tapi lebih dari 350 orang boleh makan, siap ada yang bertambah pinggan lagi. Pastu siap sedara mara boleh bungkus bawak balik lagi.

Total : RM3150

 

7) Khemah – sewa khemah surau. Jimat. Khemah yang cantik dan sedikit mahal RM250 untuk 1 khemah, siap dengan alas meja dan alas kerusi dan ada rompol2. Yang biasa-biasa RM150 1 khemah. Ambil 3 khemah. Anggaran maksimun RM150x3=RM450

  • Khemah aku? Perhhh. Aku ambil yang special terus. Yang jenis meja bulat ada alas meja pastu kat kerusi ada sarung kerusi dengan reben lagi. Warna pink + putih + grey. Yang tu aku ambil untuk appreciate tetamu yang sudi datang majlis aku. Lagi-lagi family Amer datang ramai, datang jauh pulak tu, so aku nak mereka makan dalam keadaan selesa dan sangat comel. Berapa? RM900 kot. Aku ambil dengan kawan aku.

DSC_0083.JPG

Pengantin lepak makan bersama tetamu. Haii.

Total : RM900 – kawan aku tak mahu ambil deposit. Gedik!

 

8) Doorgift – diy sendiri atau bajet RM1 per biji. Anggaran kos RM500

  • Aku diy sendiri je. Total semua : RM120 – 400 pcs
  • Aku just letak gula-gula, sumi, apollo – Ma sponsor. Thanks ma! Tak habis banyak pun sebab beli kat kedai borong. Sumi 100 pcs dalam RM15 kot.

Total : RM120

 

9) Kad kahwin – buat yang paling simple atau print sendiri. Lagi murah. Kalau jemputan 500 orang, kad jemputan 300 sahaja. Selebihnya jemput di Facebook untuk orang-orang jauh. Kadang-kadang 300 pcs belum tentu habis diedar. Anggaran maksimun RM250. Kalau buat sendiri RM150.

Kad kahwin aku : RM200

 

10) Fotografi – suruh saudara mara atau kawan-kawan shoot guna iphone6. Hehe.

  • Maaf aku terpaksa hire untuk rakam majlis sekali seumur hidup aku. Hehe. – RM1500 (Deposit RM250)

 

HME_4227

Total : RM1250

 

11) Pelamin – diy sendiri. Guna kreativiti anda. Kalau ada bajet lebih, silakan. pelamin juga boleh menggunakan meja makan pengantin sahaja, letakkan backdrop di belakang meja makan. Settle.

Pelamin aku tak sempat nak ber-diy sebab aku balik kampung pun dalam seminggu nak majlis kahwin. Itu pun semua benda aku buat seorang diri. Aku tak bagi ma dan ayah aku buat sebab aku tak mahu menyusahkan mereka. Kalau aku ber-diy still dalam lingkungan RM400-RM500 untuk sediakan backdrop, bantal-bantal, stage, bunga, lampu dan etc. Better aku sewa yang RM900 termasuk baju bersanding sekali. Nampak tak?

Ini pelamin yang aku cepat-cepat booking bila bridal Rins Suzana buat promosi. RM900 termasuk baju bersanding lelaki dan perempuan. Dapat kasut pengantin perempuan, veil dan payung lagi.

 

12) Hiburan – tak perlu hire dj. Download lagu-lagu pilihan kahwin dan susun atur lagu dan pasang sendiri.

Ini lagu yang aku download dulu.

LAGU MELAYU

  1. Indigo – Istimewa
  2. Nora – Hanya Satu
  3. Siti Nur Haliza – Cahaya Cinta
  4. Anuar Zain – Semua Untukmu
  5. Anuar Zain – Keabadian Cinta
  6. Siti Nur Haliza – Kau Kekasihku
  7. Once – Dealova
  8. Ungu – Tercipta Untukku
  9. Rossa – Ayat-ayat Cinta
  10. Glenn Fredly & Amy Mastura – Dengarkanlah
  11. Ning Baizura – Pasti
  12. Glenn Fredly – Aku Cinta Padamu
  13. Radiostar – Pada Senyum Mu
  14. Sempurna – Andra & The Backbone
  15. Yuna – Terukir di Bintang
  16. Anuar Zain – Ketulusan Hati
  17. Anuar Zain – Ajari Aku
  18. Saloma – Selamat Pengantin Baru
  19. Rossa & Ungu – Ku Pinang Kau Dengan Bismillah
  20. Wali Band – Baik-Baik Sayang
  21. Awie – Iris
  22. Siti Nur Haliza – Cintamu

LAGU ENGLISH

  1. Thank God I’ve Found You – Mariah Carey ft. Joe and 98 Degrees
  2. When You Tell Me That You Love Me- Diana Ross
  3. I don’t Wanna Miss a Thing – Aerosmith
  4. Everything I do, I do it for You – Bryan Adams
  5. I’m Yours – Jason Mraz
  6. I Knew I Love You – Savage Garden
  7. If You’re not the One
  8. O.V.E – Nat King Cole
  9. My Baby You – Marc Anthony
  10. Endless Love – Lionel Richie (duet with Diana Ross)
  11. Only You – Flying Picket
  12. Can You Feel The Love Tonight – Elton John
  13. Can’t Take My Eyes of You – Andy Williams
  14. I Live My Life For You – Firehouse
  15. Love of A Lifetime – Firehouse
  16. All The Love In The World – The Corrs
  17. You’re My Everything
  18. Let there be Love – Nate King Cole
  19. You’re Still the One – Shania Twain
  20. Hanging By A Moment – Lifehous

 

13) Bilik pengantin – aku just kemaskan bilik dan hias sendiri. Guna cadar ma aku je. Kos RM0.

 

14) Meja makan pengantin – aku curi satu meja bulat dan aku hias sendiri. Aku cuma letakkan pasu bunga dan frame gambar yang ada gambar aku dengan Amer. Hehe. Kos RM0.

HME_3850.JPG

 

Mesti ada yang tertanya kenapa total aku tolak terus dari deposit. Contohnya mekap aku RM300, deposit bayar RM100, so aku letak total RM200. Sebab semua duit deposit tu aku bayar guna dari duit aku buat bisnes online. So, itu duit simpanan aku sendiri.  Deposit dan barang hantaran semuanya aku beli dengan duit bisnes online.

**Aku mahu buktikan walaupun aku masih study, aku masih boleh buat majlis nikah sendiri tanpa menyusahkan ma ayah aku. Semua aku buat sendiri. Nak booking apa pun, aku pulun meniaga dalam facebook seorang diri. Aku tak pinjam duit dari ma ayah aku.

Keseluruhan majlis aku dari mula sampai habis RM7690 beb! Dah short RM2690. Haha.

Tapi, untuk kiraan kali ini, aku nak kira total yang aku perlu bayar selepas ditolak deposit pada hari majlis aku selepas aku menerima wang hantaran sebanyak RM7000. Jomm!

RM7000 – RM6250 (selepas ditolak deposit dan kos lain sebelum majlis) = RM750 baki yang aku dapat.

Namun alhamdulilah, pada majlis kahwin hari tu aku dapat duit dari sedara mara dan tetamu-tetamu yang hadir sebanyak RM1500. Rezeki dari Allah.

RM750 (baki) + RM1500 (duit dari tetamu) = RM2250 – baki terbaru

RM7000 – RM2250 = RM4750

Jadi, total keseluruhan yang aku belanjakan pada hari majlis aku sebanyak RM4750 je!

Walaupun Amer dah bagi mas kahwin pada aku sebanyak RM7000, dia dah tak perlu bagi duit belanja kenduri untuk majlis belah aku lagi sebab dengan duit hantaran itulah dengan rela hatinya aku gunakan untuk keseluruhan majlis aku.

Dia tiada hutang

Aku tiada hutang

Ma ayah tiada hutang – just sponsor pulut kuning dan gula-gula berserta apollo

Semuanya dari RM7000 dan masih berbaki RM2250.

Duit yang lebih – bagi sedikit kat ma ayah yang telah berpenat lelah menguruskan majlis aku 🙂

Ada sesetengah orang, dia nak duit hantaran, dia nak juga duit belanja. Betul-betul buat naya laki sendiri. Aku kalau dah sayang, aku tak sampai nak naya dan pedajal orang yang aku sayang. Bertolenrasilah, duit hantaran tu guna jela untuk belanja majlis kahwin. Kenapa nak tamak? Nanti kalau ada duit rezeki lebih selepas berkahwin, suami kita takkan teragak-agak untuk belanjakan apa saja yang kita nak sebab kita dah banyak tolong dan permudah kerja kahwin kita dulu. Ye tak?

Majlis aku mungkin tak  berapa simple, tapi masih di bawah bajet RM5000 (untuk hari tu) namun aku dapat semua : Pelamin, baju akad nikah, baju bersanding, mekap dari kak Nurleez (MUA tersohor), khemah, photographer, katering dan etc.

CARA KURANGKAN BAJET ATAU KOS KAHWIN

  1. Tetapkan jumlah tetamu
  2. Majlis yang diadakan secara gotong-royong atau katering yang murah.
  3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah
  4. Gunakan bunga tiruan
  5. Buat tempahan perkhidmatan, fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi
  6. Elakkan menempah pakaian yang baharu
  7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi
  8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari
  9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal

Tak salah kalau kita nak dapatkan majlis yang kita inginkan, tapi kena bijak!

 

 

 

BAJET MAJLIS KAHWIN

Sumber Kewangan – Pengantin Perempuan

Sumber kewangan Bajet Kos
Wang Hantaran

Wang Simpanan

Tajaan dari keluarga

Tajaan dari rakan

Lain-lain

   

 

Persediaan

  Bajet Kos
Kursus Perkahwinan

Ujian HIV

Mas Kahwin

Jumlah

   

 

Akad Nikah & Jumlah Tetamu

  Bajet Kos
Cincin kahwin

Kos Perjalanan

Penginapan

Kos Cenderahati Kahwin

Set Sirih Junjung

Persalinan Akad Nikah

Jumlah

   

 

Jemputan & Jumlah Tempahan Kad Kahwin

  Bajet Kos
Kos Kad + Sampul

Kos Penghantaran/Setem

Jumlah

   

 

Majlis Resepsi & Jumlah Tetamu Hadir

  Bajet Kos
Kos Katering

Sewa Kanopi

Kos Persalinan Kahwin

Kos Cenderahati

Jurumekap

Fotografi/Videografi

Emcee dan P.A Sistem

Kompang/Tarian/Silat

Pelamin dan Dekorasi

Kos Barang Hantaran

Jumlah

   

 

Pengiraan Keseluruhan

Sumber Kewangan – (Kos Persiapan + Akad Nikah + Jemputan + Majlis) = baki

 

Jumlah Sumber Kewangan

Kos Persiapan

Kos Akad Nikah

Kos Jemputan

Kos Majlis

+/-                       Jumlah Baki

 

 

CARA KURANGKAN BAJET ATAU KOS KAHWIN

  1. Tetapkan jumlah tetamu
  2. Majlis yang diadakan secara gotong-royong
  3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah
  4. Gunakan bunga tiruan
  5. Buat tempahan perkhidmatan, fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi
  6. Elakkan menempah pakaian yang baharu
  7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi
  8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari
  9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal
  • Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah.
  • Membuka akaun khas untuk perkahwinan anda
  • Menggubah sendiri hantaran perkahwinan
  • Lakukan kerja DIY – photobooth dan candy buffet
  • Survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan atau cenderamata yang murah
  • Sertai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu
  • Checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali

Gagal Hari Ini Bukan Gagal Selama-Lamanya

Bila keluar sahaja keputusan peperiksaan, tak kira SPM, PMR mahupun UPSR, mesti ramai yang bertanya “berapa A dapat?”. Terus terang aku katakan, dari sudut pandangan aku, soalan ini adalah soalan bodoh. Perlu ke kepandaian di ukur dari bilangan A? Perlu ke kejayaan diisytihar berdasarkan jumlah kewujudan huruf A dalam keputusan peperiksaan? Belajar bertahun-tahun, ditentukan dengan menjawab soalan dalam tempoh satu-dua jam? Ada antaranya hanya perlu memilih jawapan A, B, C atau D sahaja pula tu. Adilkah itu?

Untuk memujuk mereka yang tidak berjaya atau tidak mendapat straight A, aku sanggup aibkan diri aku, sanggup memalukan diri aku sendiri dengan mempamer keputusan peperiksaan aku yang lepas hanya untuk memberi suntikan semangat kepada adik-adik yang kurang bernasib baik seperti aku suatu ketika dahulu.

1536637_952927554747777_4571563324974200771_n

Ok. Cuba tengok keputusan SPM aku. Kalau saat ini aku salah seorang daripada mereka, apa yang korang akan ramalkan tentang masa depan aku? Pastinya korang akan katakan aku salah seorang insan yang tidak akan ke mana-mana. Mungkin hanya bekerja di mall-mall sebagai sales assistant? Bekerja sebagai cashier di Tesco, Econsave, Jusco, Mcd, KFC? Atau hanya sekadar menunggu pinangan orang untuk dijadikan seorang isteri yang mithali lagi mulia?

Aku ceritakan sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup aku. Aku seorang pelajar bermasalah dari zaman era PMR sehinggalah STPM. Bermasalahnya aku bila aku tidak lagi berminat untuk belajar.

Pada zaman PMR, aku jarang sekali membaca buku. Aku selalu tidur dalam kelas. Aku sering bergaduh dengan cikgu yang cuba untuk masuk campur dalam hal aku. Dan aku sering dipanggil masuk ke dalam bilik disiplin. Aku tidaklah jahat. Tapi aku sangat nakal. Aku ponteng sekolah, aku ponteng kelas, aku lompat pagar sekolah, aku melepak, aku mengusik pelajar lelaki, aku tidak siapkan kerja sekolah, aku tidak menghantar kerja kursus, aku datang sekolah lambat, aku bergaduh, aku ponteng kelas tambahan dan aku tak pernah datang kelas tambahan. Aku juga pernah tak datang mengambil peperiksaan percubaan PMR untuk kertas Matematik dan Sains. Teruk kan aku ?

Bila aku berpindah sekolah untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, aku sekali lagi dikenali sebagai pelajar paling bermasalah di sekolah tu. Hinggakan aku pernah dipanggil nama untuk berdiri di atas pentas bersama pelajar-pelajar lelaki yang lain ketika waktu perhimpunan mingguan. Dan aku seorang sahaja pelajar perempuan pada ketika itu. Tetapi masalah disiplin aku tiada kaitan dengan pelajar-pelajar lelaki tersebut. Tu pada minggu kedua selepas minggu orientasi form 4.

Aku pernah lompat pagar asrama pada pukul 2 pagi dan aku kantoi, hingga aku digantungkan persekolahan selama 2 minggu. Dan aku juga salah seorang pelajar yang berkali-kali dibuang dari asrama. Kalau kes lari dari asrama pada minggu bukan balik kampung, akulah orangnya.

Aku selalu ponteng kelas. Aku menggugut ketua dorm aku untuk mengunci pintu dorm dari luar, sedangkan aku dan kawan-kawan ada di dalam dorm sedang tidur. Dan pastinya warden tak boleh masuk. Alasan mengunci pintu dorm untuk mengelakkan pencuri masuk. Aku pernah tidur dalam loker. Perkara paling normal untuk semua pelajar asrama. Aku tidak turun study pada waktu malam.

Aku selalu datang asrama lambat. Ahad atau isnin baru datang. Aku juga bermasalah dalam hal pemakaian. Singkat, ketat, sendat. Hinggakan bila cikgu disiplin membuat checking waktu perhimpunan, aku selalu terlepas, aku sudah menyorok awal-awal, tapi cikgu disiplin tak bodoh seperti aku, dia akan datang ke kelas untuk checking pakaian sekolah aku. Seperti yang mana orang tahu, siapa yang dikenakan hukuman memakai tudung berwarna merah yang paling besar dan labuh merupakan pelajar bermasalah. Dan aku pelajar pertama dari batch aku 07/08 yang memakai tudung tu sebanyak 2 kali dari waktu pagi hingga tamat waktu pembelajaran. Dan aku juga pernah dikenakan hukuman memakai kain batik ketika waktu pembelajaran hanya kerana skirt sekolah aku ketat dipinggul hingga paras lutut. Seolah olah seperti kain duyung. Hehe.

Aku pernah dirotan. Aku pernah ditampar. Dan itulah hasil aku dapat 2B 4C 2D. Aku masih ingat lagi mak aku cakap masa dia tengok keputusan SPM aku ‘Hebat jugak kaklong takde E. Haha. Sains pun boleh B3. Sekurang-kurangnya pendidikan Islam boleh 5C daripada gagal. Hehe. Ok dah keputusan ni dengan kaklong yang tak pernah belajar, tak baca buku. Kira otak tu berfungsi lagi laa’. Memang aku kena perli kaw-kaw kat ma aku. Padahal ma sebenarnya nak pujuk aku sebab aku menangis masa tu. Sedih dapat keputusan SPM tak cantik. Tapi seriously masa aku tengok keputusan aku, aku nak tergelak pun ada. Yg Sejarah tu takleh blaa, bukan main bergaduh dulu aku dengan cikgu Sejarah pasal aku selalu tidur dalam kelas pastu aku benci gila Sejarah. Ada apa dengan Sejarah melainkan Hang Tuah je aku tahu. Hehe.

Aku takdelah bodoh atau lembap. Aku kalau bab pemikiran kreatif memang aku terror. Kalau bab bercakap aku boleh je cakap apa pun. Tapi kalau bab atas kertas, memang aku jawab pun main hentam taram je.

11017828_952927598081106_1345024771021545689_n

Dan aku cuba untuk berubah dan mula berusaha untuk berjaya. Walaupun pada zaman STPM ni aku masih lagi dikenali sebagai pelajar bermasalah hanya kerana cara pemakaian aku dan sikap aku yang tidak takut pada hukuman. Well, benda dah terbiasa dari dulu. Bukan senang nak berubah. Tapi bab ponteng kelas, kelas tambahan, ponteng asrama dah takde dah. Saat kawan-kawan aku semua tidur, aku masih lagi mengulangkaji pelajaran hingga 2,3 pagi. Dan inilah hasilnya, aku dinobatkan sebagai pelajar cemerlang STPM di SMT Bachok 🙂

1

Aku dapat melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka, universiti paling hebat : Universiti Malaya. Ni keputusan aku pada sem 1, aku memperolehi 3.73. Dan 0.02 lagi untuk aku dapat anugerah dekan. Takpe, takde rezeki.

Takyah pulak korang acah acah nak mitak keputusan sem lain pulak, aku lempang kan. Hehe. Ada juga yang jatuh, ada juga yang naik balik. Biasalah tuu. Takdenya cemerlang memanjang. Haha.

Walaupun aku dah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah, aku still lagi dengan perangai aku yang dulu. Datang kelas lambat, ada tak datang kelas. Kadang ada juga buat hal dekat fakulti. Yang ni please jangan tiru. Perangai ni keji gila. Hehe. Tapi bagi aku itu suatu kenangan yang manis yang takkan aku lupakan sampai bila bila.

Siapa kata pelajar bermasalah seperti aku yang mempunyai keputusan SPM yang teruk takkan berjaya lagi? Takkan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang STPM di sekolah, takkan dapat sambung belajar di Universiti Malaya? Dan yang paling penting siapa kata pelajar bermasalah seperti aku ni tak boleh jadi seorang isteri yang serba serbi boleh menguruskan rumah tangga dan terer masak walaupun dulu aku tak pernah masak, tak tahu masak dan tak reti masak senang cita. Dan sekarang perut suami aku buncit disebabkan masakan aku. See. Kira aku sudah berjaya jugak la untuk hidup dunia akhirat aku kan?

Tidak semestinya mereka yang cemerlang akademik pada hari ini akan menentukan jenis pekerjaan yang baik pada masa depan. Cuba perhatikan keadaan hari ini mengapa masih ramai graduan yang sudah menamatkan pengajian dengan segulung ijazah tetapi masih lagi mengganggur dan sukar mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka? Walhal mereka ini boleh dikatakan antara kelompok yang cemerlang dalam akademik sebelum memasuki universiti.

Hari ini kita lihat berapa ramai pelajar yang dahulunya gagal di peringkat SPM namun bangkit dan berjaya dalam bidang perniagaan. Apa yang penting bagi yang gagal jangan menganggap inilah peluang terakhir bagi mereka. Mereka perlulah berusaha lagi dengan tekun, bersungguh-sungguh dan berterusan untuk menjadikan mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Walaupun aku bakal menamatkan pengajian dan bakal konvo pada tahun ni, aku still merasakan aku masih lagi tidak berjaya selagi aku tidak menggapai cita cita aku sebagai salah seorang usahawan berjaya. Yess. Aku belajar bahasa. Belajar bahasa tak semestinya jadi cikgu bukan? Cukuplah aku beradab bila berkata-kata, cukuplah aku boleh meluahkan pendapat dan pandangan aku dengan penggunaan bahasa yang elok, dan tersangat bangga bila aku merupakan insan yang suka menulis tetapi mempunyai pengetahuan yang bagus dalam bahasa dan penulisan. Hmm bagus ke? Haha.

Tapi aku tetap nak jadi usahawannnnnnnnn. Doakan akuuuuu.